Butiran Skim
Daerah
Bentong , Jerantut , Kuantan , Lipis , Pekan , Raub , Temerloh , Rompin , Maran , Bera
Bilangan Projek
122
Bilangan Pemohon
119,907
Syarat Kelayakan
Telah berkahwin dan berumur 18 tahun ke atas
Belum berkahwin tetapi berumur melebihi 35 tahun
Jumlah pendapatan seisi rumah tidak melebihi RM3,000.00 sebulan
Telah menetap dan tinggal di Negeri Pahang secara terus menerus selama tidak kurang daripada lima (5) tahun
Tidak memiliki tanah (syarat tanah: Bangunan) atau rumah atau kedua-duanya sekali yang didaftarkan di atas nama pemohon atau suami/isteri pemohon.
1. Warganegara Malaysia dan keutamaan kepada rakyat Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang;
2. Jumlah pendapatan seisi rumah tidak melebihi RM3,000.00 sebulan;
 
a) Perumahan Kos Rendah (Kerajaan)
  i) Telah berkahwin dan berumur 18 tahun ke atas
  ii) Belum berkahwin tetapi berumur melebihi 35 tahun
b) Perumahan Kos Rendah/Kos Sederhana Rendah (Swasta)
  i) Pemohon mestilah berumur 18 tahun ke atas
3. Tidak mempunyai tanah (syarat tanah: Bangunan) atau rumah atau kedua-duanya sekali yang didaftarkan di atas nama pemohon atau suami/isteri pemohon;
4. Tidak pernah diberikan pemilikan rumah kos rendah (Kerajaan/Swasta) atau kos sederhana rendah;
5. Bukan seorang peserta di bawah Rancangan Pembangunan Tanah atau Rancangan Penempatan Semula yang dianjurkan oleh Kerajaan;
6. Telah menetap dan tinggal di Negeri Pahang secara terus menerus selama tidak kurang daripada lima (5) tahun dan;
7. Pemohon atau suami/isteri pemohon tidak pernah dibatalkan pendaftaran permohonan sebelum ini kerana didapati memberi keterangan palsu.

 

LPHP | Pahang