Skim Terkini
Projek Pilihan
Berita Terkini
Taklimat Pengunaan Sistem ePerumahan Bagi Pembangunan Di Bawah Skim Perumahan Negeri Pahang
LPHP telah mengadakan Taklimat Penggunaan Sistem ePerumahan kepada wakil pemaju bagi memberi penerangan mengenai penggunaan sistem dalam pelaksanaan pembangunan di bawah Skim Perumahan Negeri Pahang.
Program Sentuhan Rakyat Makmur (PSRM) Negeri Pahang Peringkat Daerah Bera
LPHP telah menyertai Program Sentuhan Rakyat Makmur (PSRM) Negeri Pahang Peringkat Daerah Bera yang merangkumi Aktiviti Ziarah Makmur, penyampaian bakul makanan kepada golongan memerlukan serta sesi town hall bersama masyarakat.
LPHP Anjur Taklimat Perluasan Perlindungan Skim Lindung 24 Jam PERKESO
Taklimat anjuran PERKESO memberi pendedahan kepada warga LPHP mengenai skop perlindungan, faedah serta tatacara tuntutan di bawah Skim Lindung 24 Jam.
Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Berkenan Sempurnakan Majlis Penyerahan Rumah YASA di Kampung Salong
Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang berkenan bercemar duli menyempurnakan Majlis Penyerahan Rumah Yayasan Al-Sultan Abdullah (YASA) kepada dua penerima di Kampung Salong, Pekan.
Maklumat yang anda berikan akan membantu kami mempertimbangkan lokasi baharu untuk projek perumahan akan datang.
- Warganegara Malaysia dan keutamaan kepada rakyat Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang.
- Jumlah pendapatan seisi rumah tidak melebihi RM10,000.00 sebulan.
- Keutamaan kepada yang berumur 40 tahun ke bawah.
- Telah menetap dan tinggal di Negeri Pahang secara terus menerus selama tidak kurang daripada lima (5) tahun.
- Layari laman sesawang Sistem Perumahan Awam Pahang.
- Tekan butang Datfar dan isi maklumat yang diperlukan dengan tepat.
- Sila semak emel anda untuk pengesahan pendaftaran.
- Log masuk ke dalam Sistem Perumahan Awam Pahang.
- Sila sahkan pengesahan nombor telefon.
- Tekan butang buat permohonan dan lengkapkan butiran yang diperlukan dengan tepat.
Harga rumah bagi skim PAKR: RM 15,000 - RM 60,000.
Harga rumah bagi skim PKSR: RM 30,000 - RM 90,000.
Harga rumah bagi skim MAKMUR: RM 30,000 - RM 100,000.
Harga rumah bagi skim PR1MA PAHANG: RM 100,000 - RM 200,000.
Harga rumah bagi skim RUMAH PAHANG: RM 90,000 - RM 150,000.
Harga rumah bagi skim RUMAH PENJAWAT AWAM PAHANG (RPAP): RM 100,000 - RM 300,000.
Harga rumah bagi skim PAHANGKU: RM 50,000 - RM 250,000.
Anda boleh mengisi maklumat di Kalkulator Skim untuk mengetahui skim mana yang bersesuaian dengan anda.
Jika anda pernah berdaftar dengan Lembaga Perumahan Hartanah Pahang (LPHP) sebelum ini melalui sistem lama, anda boleh menghubungi dengan maklumat di bawah :-
- telefon : 095512777 / 095512888
- emel : home[a]phpahang.gov.my
- alamat : Lembaga Perumahan dan Hartanah Pahang, Tingkat 7 & 8, Menara Teruntum, Jalan Mahkota, 25000 Kuantan, Pahang.
Mohon untuk dimaklumkan butiran maklumat peribadi untuk tujuan semakan dan pengemaskini maklumat seperti berikut:
- Nama Penuh:
- No. Kad Pengenalan Baru:
- No. Telefon (Mobile):
Untuk pengguna yang berdaftar dengan sistem baharu, anda boleh tekan pautan ini untuk tetapkan semula kata laluan anda.
Pengguna boleh klik pada pautan berikut:
Pelanggan boleh mengaktikan kembali akaun yang telah disekat (kegagalan percubaan Daftar Masuk melebihi 3 kali) dengan menghubungi LPHP melalui:
- Telefon : 09 551 2777 / 2888
- Email : home@lphpahang.gov.my
Mohon untuk menyatakan bersama maklumat berikut bagi tujuan semakan dan pengesahan:
- Nama Penuh:
- No. Kad Pengenalan Baru :
- No. Telefon (mobile):
Kini pelanggan boleh membuat pembayaran sewaan PAKR melalui Pihak Berkuasa Tempata (PBT) mengikut seperti berikut:
- Majlis Perbcandaran Temerloh
- Majlis Perbandaran Bentong
- Majlis Perbandaran Pekan
- Majlis Daerah Lipis
- Majlis Daerah Maran
- Majlis Daerah Raub
- Majlis Daerah Jerantut
- Majlis Daerah Rompin
Sila klik pautan di bawah: