Skim Terkini
Projek Pilihan
Berita Terkini
Kunjungan Hormat Daripada Jabatan Jaringan Industri Penempatan Kerjaya KYP Education Sdn. Bhd, (KESB)
LPHP menerima kunjungan hormat daripada Jabatan Jaringan Industri Penempatan Kerjaya KYP Education Sdn. Bhd. (KESB) bagi membincangkan potensi kerjasama strategik dan penempatan pelajar latihan industri di LPHP.
YAB Menteri Besar Pahang Sampaikan Kunci Rumah Kepada 10 Penerima RRP Dun Jelai
Seramai 10 penerima Rumah Rakyat Pahang (RRP) Fasa 5 Tahun 2024 Daerah Lipis bagi DUN Jelai menerima kunci rumah masing-masing sempena Majlis Hari Statistik Negara dan Sedunia 2025 Peringkat Kebangsaan yang berlangsung di Dewan Terbuka Laman Sejahtera, Sungai Koyan.
Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal (JKT) Projek Perumahan LPHP BIL. 03/2025
Mesyuarat JKT Projek Perumahan LPHP Bil. 03/2025 dipengerusikan oleh YB Dato’ Sri Nazri bin Abu Bakar di Bentong membincangkan hala tuju projek perumahan di Pahang.
Cabutan Undi PR1MA Pahang Kampung Padang 2.0 Berjalan Lancar
LPHP menganjurkan Majlis Cabutan Undi dan Pemilihan Lot Rumah PR1MA Pahang Kampung Padang 2.0 di BCIC Lodge, Indera Mahkota, bagi mengisi 26 kekosongan unit rumah yang masih tersedia.
Maklumat yang anda berikan akan membantu kami mempertimbangkan lokasi baharu untuk projek perumahan akan datang.
- Warganegara Malaysia dan keutamaan kepada rakyat Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang.
- Jumlah pendapatan seisi rumah tidak melebihi RM10,000.00 sebulan.
- Keutamaan kepada yang berumur 40 tahun ke bawah.
- Telah menetap dan tinggal di Negeri Pahang secara terus menerus selama tidak kurang daripada lima (5) tahun.
- Layari laman sesawang Sistem Perumahan Awam Pahang.
- Tekan butang Datfar dan isi maklumat yang diperlukan dengan tepat.
- Sila semak emel anda untuk pengesahan pendaftaran.
- Log masuk ke dalam Sistem Perumahan Awam Pahang.
- Sila sahkan pengesahan nombor telefon.
- Tekan butang buat permohonan dan lengkapkan butiran yang diperlukan dengan tepat.
Harga rumah bagi skim PAKR: RM 15,000 - RM 60,000.
Harga rumah bagi skim PKSR: RM 30,000 - RM 90,000.
Harga rumah bagi skim MAKMUR: RM 30,000 - RM 100,000.
Harga rumah bagi skim PR1MA PAHANG: RM 100,000 - RM 200,000.
Harga rumah bagi skim RUMAH PAHANG: RM 90,000 - RM 150,000.
Harga rumah bagi skim RUMAH PENJAWAT AWAM PAHANG (RPAP): RM 100,000 - RM 300,000.
Harga rumah bagi skim PAHANGKU: RM 50,000 - RM 250,000.
Anda boleh mengisi maklumat di Kalkulator Skim untuk mengetahui skim mana yang bersesuaian dengan anda.
Jika anda pernah berdaftar dengan Lembaga Perumahan Hartanah Pahang (LPHP) sebelum ini melalui sistem lama, anda boleh menghubungi dengan maklumat di bawah :-
- telefon : 095512777 / 095512888
- emel : home[a]phpahang.gov.my
- alamat : Lembaga Perumahan dan Hartanah Pahang, Tingkat 7 & 8, Menara Teruntum, Jalan Mahkota, 25000 Kuantan, Pahang.
Mohon untuk dimaklumkan butiran maklumat peribadi untuk tujuan semakan dan pengemaskini maklumat seperti berikut:
- Nama Penuh:
- No. Kad Pengenalan Baru:
- No. Telefon (Mobile):
Untuk pengguna yang berdaftar dengan sistem baharu, anda boleh tekan pautan ini untuk tetapkan semula kata laluan anda.
Pengguna boleh klik pada pautan berikut:
Pelanggan boleh mengaktikan kembali akaun yang telah disekat (kegagalan percubaan Daftar Masuk melebihi 3 kali) dengan menghubungi LPHP melalui:
- Telefon : 09 551 2777 / 2888
- Email : home@lphpahang.gov.my
Mohon untuk menyatakan bersama maklumat berikut bagi tujuan semakan dan pengesahan:
- Nama Penuh:
- No. Kad Pengenalan Baru :
- No. Telefon (mobile):
Kini pelanggan boleh membuat pembayaran sewaan PAKR melalui Pihak Berkuasa Tempata (PBT) mengikut seperti berikut:
- Majlis Perbcandaran Temerloh
- Majlis Perbandaran Bentong
- Majlis Perbandaran Pekan
- Majlis Daerah Lipis
- Majlis Daerah Maran
- Majlis Daerah Raub
- Majlis Daerah Jerantut
- Majlis Daerah Rompin